Cendawan kukur ni kalau dulu selalu ikut mak pi kutip dalam kebun getah, kena pulak musim hujan memang banyak tumbuh. tapi sekarang susah dah nak cari, nak jumpa pun payah dah 😅
Alang2 ada stok sikit, daging pun ada dalam peti sejuk, kita pun cuba menu masak lemak cili padi cendawan kukur dengan daging salaii..
Fuhhh, memang terangkat sangat!
Resepi yang mudah dan simple..
Daging Salai Masak Lemak cendawan kukur.
Bahan bahan:
Daging salai - hiris nipis
½ kg santan pekat segar
1 batang serai - ketuk
Garam
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit hiris halus - optional
Kulat sisir kering - 50g (rendam 15 minit)
Bahan tumbuk:
8-12 tangkai cili padi - ikut suka pedas
1-2 inci kunyit hidup
Cara cara:
Rebus daging salai bersama bahan tumbuk sehingga agak agak daging empuk. Jika belum lembut, boleh tambah air dan rebus lagi.
Setelah daging empuk, masukkan serai dan santan secukupnya. Sentiasa dikacau supaya kuah cantik. Jangan sehingga kuah pecah minyak. Masukkan kulat sisir.
Setelah mendidih, masukkan asam keping dan garam. Tutup api.
Kuah mestilah sedikit pekat, baru sedap.
Jika suka, boleh masukkan daun kunyit yang dihiris halus setelah masak.
Selamat Mencuba!
Nak dapatkan kulat sisir? 50g cuma rm15 sahaja. 50g lepas rendam boleh jadi 200g lebih tau. Boleh makan 2-3 orang 😍
http://wasap.my/60198530307/kulatKRG
同時也有4部Youtube影片,追蹤數超過3,800的網紅Dapur Chef Zam,也在其Youtube影片中提到,...
「resepi daging salai masak lemak」的推薦目錄:
- 關於resepi daging salai masak lemak 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
- 關於resepi daging salai masak lemak 在 Facebook 的精選貼文
- 關於resepi daging salai masak lemak 在 Facebook 的精選貼文
- 關於resepi daging salai masak lemak 在 Dapur Chef Zam Youtube 的最佳解答
- 關於resepi daging salai masak lemak 在 Azie Kitchen Youtube 的精選貼文
- 關於resepi daging salai masak lemak 在 Padu Beb Studios Youtube 的精選貼文
- 關於resepi daging salai masak lemak 在 Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api - Sedap Tube 的評價
- 關於resepi daging salai masak lemak 在 RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK... - Facebook 的評價
resepi daging salai masak lemak 在 Facebook 的精選貼文
Rindu dengan masakan tradisi dari Negeri Sembilan ke? Apa kata kita cuba resepi Masak Lemak Daging Salai. Semestinya lagi sedap dan beraroma dengan menggunakan Rasaku
MENU MASAK LEMAK DAGING SALAI
Bahan-bahan Menyalai Daging:
1500ml Air Masak
1kg Daging Batang Pinang (Direbus)
1 Ketul Arang
Minyak Masak Kelapa Rasaku
Cara Penyedian:
1. Masukkan air sebanyak 1500ml ke dalam periuk
2. Rebuskan sekilo Saging Batang Pinang ke dalam periuk sehingga dimasak
3. Keluarkan daging tersebut dan biarkan ia sejuk untuk seketika
4. Panaskan 1 ketul arang dengan api
5. Pecahkan arang yang telah dipanaskan ke dalam periuk dan masukkan sedikit Minyak Masak Kelapa Rasaku
6. Masukkan alat pengukus dan letakkan daging yang direbus untuk disalai selama 20 minit
7. Setelah daging siap disalai, hiriskan daging tersebut dengan nipis.
Bahan-bahan Memasak Masak Lemak
2 Inci kunyit hidup
10 tangkai cili padi
3 batang serai
2 helai daun kunyit
Sedikit air suam
2 keping asam keping
Daging salai
100ml Krim Kelapa Rasaku
2 sudu Gula
1 sudu serbuk kunyit
3 sudu garam
Cara Penyediaan:
1. Potongkan 2 inci kunyit hidup dan 10 tangkai cili padi dengan nipis (Jika mahu lebih pedas, boleh letak cili padi lebih)
2. Hiriskan satu batang serai. Untuk baki dua batang serai, ketukkan untuk menambahkan lagi aroma dalam masakkan
3. Buang tangkai daun kunyit dan gulungkan dengan elok untuk racitkan secara halus.
4. Masukkan kunyit hidup, cili padi dan batang serai yang dipotong ke dalam mesin pengisar. Jangan lupa untuk letakkan sedikit air sebelum mengisar.
5. Setelah bahan-bahan tersebut siap dikisar, masukkan ke dalam kuali.
6. Tambahkan sedikit air daripada bahan yang dikisar dan masukkan ke dalam kuali tersebut
7. Bukakan api dengan perlahan dan masukkan dua batang serai yang ditumbuk, 2 keping asam keping dan daging yang telah disalai.
8. Gaulkan kesemua sehingga sebati
9. Masukkan sedikit air untuk menambahkan kuah
10. Letakkan Krim Kelapa Rasaku sebanyak 100ml
11. Jangan lupa untuk letakkan 2 sudu gula, 1 sudu kunyit dan 3 sudu garam dan kacaukan perlahan-lahan
12. Apabiila kuah lemak mula mendidih, masukkan daun kunyit yang telah dipotong tadi.
13. Daging Salai Masak Lemak siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!✨
Jangan lupa Follow Rasaku di Facebook, Instagram, Tik Tok untuk berpeluang memenangi produk menarik dari Rasaku.
Bagaimana untuk menyertainya?
1️⃣ Follow Instagram, Facebook dan Tik Tok @rasaku.my
2️⃣ Like post ini
3️⃣ Tag 3 KAWAN anda di ruangan komen di bawah!
10 pemenang yang bertuah akan dipilih setiap minggu 🤩 Jadi jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik dari RASAKU
#resepimudah #rasaku #rasayangkurindu #masaklemak #dagingsalai
📌Shopee Rasaku : https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
resepi daging salai masak lemak 在 Facebook 的精選貼文
Rindu dengan masakan tradisi dari Negeri Sembilan ke? Apa kata kita cuba resepi Masak Lemak Daging Salai dengan menggunakan Rasaku
Jangan lupa Follow Rasaku di Facebook, Instagram, Tik Tok untuk berpeluang memenangi produk menarik dari Rasaku
Bagaimana untuk menyertai?
1️⃣ Follow Instagram, Facebook dan Tik Tok @rasaku.my
2️⃣ Like post ini
3️⃣ Tag 3 KAWAN anda di ruangan komen di bawah!
10 pemenang yang bertuah akan dipilih setiap minggu 🤩 Jadi jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik dari Rasaku
#resepimudah #rasaku #rasayangkurindu #masaklemak #dagingsalai
resepi daging salai masak lemak 在 Dapur Chef Zam Youtube 的最佳解答
resepi daging salai masak lemak 在 Azie Kitchen Youtube 的精選貼文
resepi daging salai masak lemak 在 Padu Beb Studios Youtube 的精選貼文
Speaker Best : https://t.productlink.io/a52fqg
Beli MASK : https://t.productlink.io/a42fqh
Terima kasih aku nak ucapkan kepada Iskandar Zulkarnain (FB Liker) sebab cadangkan pada aku Salai Valley ni. Masa tu memang ada di JB. Nak cari tempat makan, tapi tak nak main terjah je. Dapat pulak recommendation macam ni. Fuhhh puas hati beb.
Salai Valley ni baru je beroperasi hujung August yang lepas. Asalnya mereka buat bisnes Umrah (Travel agency). Sebab penularan pandemik ni, mereka layan dulu bisnes F&B ni.
Kalau korang peminat makanan pedas, ini memang tempatnya. Takdelah pedas tahap dewa. Pedas yang seronok dimakan (Berpeluh jugak lah kan).
Jujur aku katakan, aku suka semua hidangan masak lomak cili api diorang ni. SEMUA! Lebih-lebih lagi daging salai, dan keli salai. Memang resepi original Nismilan beb.
Orang JB apalagi, kasi terjah beb tempat ni. Kasi UP bisnes diorang. Incase kalau ada yang tak kena dengan selera korang, jangan BASH terus. Bagi mereka peluang untuk perbaiki kelemahan. Mereka baru sahaja berniaga dan harapnya dapat buka di Shah Alam satu, sebab aku nak pergi makan hari-hari (hahahah)
#PaduBebBros #SalaiValley
-----------------
Subscribe my channel : www.youtube.com/padubebstudios
Subscribe my 2nd channel : www.youtube.com/abugitstudios
LIKE my Facebook Fan Page : https://www.facebook.com/padubebstudios
Follow my Instagram : @padubebstudios
resepi daging salai masak lemak 在 RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK... - Facebook 的推薦與評價
RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API Bahan-bahan utama : ○ 1 kg daging salai ○ 15 biji belimbing buluh ○ 4 batang serai dititik ○ Semangkuk santan. ... <看更多>
resepi daging salai masak lemak 在 Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api - Sedap Tube 的推薦與評價
Jan 22, 2018 - Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api. ... Resepi+Daging+Salai+Masak+Lemak+Cili+Api Tube, Beef. More like this. ... <看更多>